Lawatan Pendidikan Pra Sekolah dan Ibu Bapa Sk Sungai Sebatu, Suai Subis Ke PI Niah Suai
18 November 2016 | Aktiviti TerkiniPada 17 November 2016 yang lalu seramai 48 orang iaitu dihadiri oleh Guru, Ibu bapa dan Pelajar Pra Sekolah SK Sg Sebatu, Suai Subis membuat lawatan sambil belajar ke PI Niah Suai. Lawatan tersebut bermula jam 9.00 Pagi hingga 10.30 Pagi. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menekankan pembelajaran melalui penerokaan dan pengalaman yang dilalui oleh kanak-kanak sendiri. Selain daripada itu lawatan ini turut mendedahkan kepada pelajar pra sekolah tersebut mengenai persekitaran luar yang sebenar.
Aktiviti yang diadakan sepanjang lawatan adalah taklimat mengenai PI Niah Suai dan perkhidmatan yang disediakan, kemudian tayangan video KDB dan taklimat KDB. Akhir sekali semua pelajar Pra Sekolah di ajar mengenai ICT dan membuat teka silang kata menggunakan komputer.
Objektif utama lawatan ini diadakan adalah untuk membentuk peribadi murid pra sekolah yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Dan murid pra sekolah turut dapat meneroka persekitaran luar yang boleh memberikan pengetahuan dan pendedahan dunia sebenar kepada mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: